Thursday, May 26, 2016

Lucky Romance (2016)

1 comment :
Poster:



Genre:

Comedy, Romance

Sinopsis:

Bo-Nui sangat memepercayai tilikan nasib. Suatu hari, dia diberitahu oleh penilik nasibnya bahawa jika dia tidak mediri seorang perawan lelaki yang dilahirkan pada tahun 1986, sebuah tahun harimau, dia akan mati. Dia kemudiannya menemui seorang lelaki yang memenuhi semua kriteria itu, Soo Ho yang merupakan pemilik bangunan tempat tinggalnya. Namun begitu, Soo Ho merupakan seorang lelaki tradisional yang tidak menyokong persetubuhan sebelum perkahwinan.

Pelakon:



Info:

Drama: Lucky Romance (working & literal title)
Revised romanization: Woonbbalromaenseu
Hangul: 운빨로맨스
Director: Kim Kyung-Hee
Writer: Kim Dal-Nim (original comic)
Network: MBC
Episodes: 16
Release Date: May 25 - July 14, 2016
Runtime: Wednesdays & Thursdays 22:00
Language: Korean
Country: South Korea

Review Saya:

Nak tengok drama ni sebab macam okay je comedy yang cuba disampaikan..
Haritu habis tengok Reply 1988, Ryu Jun Yeol pun nampak okay je berlakon.. Tapi mata saya mesti otomatik terfokus dengan Lee Soo Hyuk oppa lepas ni hehe
tapi kan tak suka pulak stail rambut si Jung Geum tu huhu
Anyway, saya akan tengok jugak sebab curious pulak bagaimana aura lakonan beliau lepas kawen ni haha lagipun cita ni ada chaebol jugak which I like hehe 
And one more thing, kawen dulu baru ada apa apa, how sweet is that?

Screenshots / Pictures:



Rating Saya:
tunggu dulu haha




Saturday, May 7, 2016

Pengenalan Drama : Entertainer

2 comments :

Okay, harini nak memperkenalkan sebuah drama baru dari stesen TV SBS ni pulak, Entertainer yang dibintangi Ji Sung oppa (Kill Me Heal Me!) dan Kang Min Hyuk (Cheese in the Trap).

Saya tengok drama ni hanya semata mata sebab Ji Sung kot (tiba tiba menjadi peminat beliau lepas citer Kill Me Heal Me, padahal sebelum ni agak tak suke dengan beliau ni haha)

anyway, meh saya terangkan pasal watak utama citer ni berdasarkan pemerhatian saya selama empat episod.. *saya dah berenti tengok citer ni untuk masa sekarang, atas sebab sebab yang akan saya terangkan nanti haha*

SHIN SEOK-HO (Ji Sung)


Suk Ho merupakan seorang pengurus sebuah kumulan boy band yang popular. Selepas berjaya, dia pun mula la nak bukak syarikat / ajensi sendiri.. Dan kumpulan boyband tersebut iaitu kumpulan Jackson (betul ke nama tu? hentam je la..) bersetuju untuk menandatangani kontrak dengan syarikat baru beliau tu walaupun baru lagi..sebab hubungan diorang dengan si Suk Ho ni sangatla baik.
Tapi............dalam diam, pemilik syarikat lamanya tak suka dengan si Suk Ho ni sebab tanak keje dengan dia lagi, jadi dia cari pelbagai cara la nak sabotajkan si Suk Ho ni. - kemalangan, curi artis, curi penaja, curi pekerja, curi duit.........macam macam la dia buat untuk halang si Suk Ho ni dari berjaya... Lepas tu pulak, kawan baik Suk Ho mengkhianati beliau pulak. *wah hebatnya wahai drama, kenapa tak masukkan gempa bumi terus supaya lebih tragik hidup si Suk Ho ni?!* Tambah perit hidup seorang Suk Ho ni pulak, Jackson yang dia dulunya kutip tepi jalan tu pulak 'membuang' dirinya dan kembali ke ajensi lama. *drama ni patut masukkan sebuah adegan Suk Ho dilanggar bas je, supaya lebih melampau* So sebab tu si Suk Ho ni terpaksa merayau rayau carik idea, dan terjumpala si Ha Neul.

Ha Neul (Kang Min-Hyuk)


Ha Neul ni sorang budak sekolah yang kene tuduh membuat gangguan seksual terhadap rakannya sedangkan dia hanya membantu.. Dia berbakat menyanyi tapi dek kerana peristiwa itu dan peristiwa tragedi silam (yang tak pernah tiada dalam drama korea..) dia nak berenti menyanyi. Muncullah si Suk Ho yang berjanji untuk menerbitkan album untuknya, dan dia pun setuju, dengan syarat dia nak nyanyi dalam sebuah band.. (di sebalik tu ada kisah zaman kanak kanak pulak antara Suk Ho dan Ha Neul ni - seperti klise drama Korea yang lain jugak la!) tetapi sebenarnya dalam diam Suk Ho ni sekadar nak menipu dia je *atas sebab dan tujuan apa, tu saya kurang paham, yang penting dia buat camtu sebab nak syarikatnya berjaya*


Geu-Rin (Hyeri)


Geurin atau Green ni kakak si Haneul. Kakak angkat yang diangkat keluarga Haneul.
Rajin bekerja cari duit untuk sara diorang berdua.
Sayang dengan si Haneul ni.
*saya kurang connected dengan watak dia ni...even masa dia nanges saya rasa macam blur je entah kenapa*

Min Joo (Chae Jung-An)


Kawan si Suk Ho. Dia ni rajin menolong si Sukho ni bila dengar si Suk Ho dalam kesusahan tapi tak tau pulak apakah sebenarnya watak dia ni, kawan je ke or kawan yang sukakan kawan ni?! Si Suk Ho macam takda feelings untuk dia jugak jadi saya tak boleh nak agak apakah 'kegunaan' watak dia ni sebenarnya.

Joo Han (Heo Joon-Seok)


Bekas kawan Suk Ho yang kemudianya menjadi seorang pemakan kawan. Macam lawak je bila daripada seorang kawan terus je jadi pengkhianat yang nak musnahkan hidup si Suk Ho. (Hati ayam ke hebat sangat boleh bertukar tukar sekelip mata camtu?) Walaupun sudah menerima tawaran bekerja di ajensi baru Suk Ho, dia kemudiannya beralih arah selepas dapat keje yang lebih baik. Huh Kalau korang nak tengok citer ni, bersiap sedia untuk membenci laki ni k?

Kayle (Gong Myung)


Kayle (kiri) merupakan pemain gitar band diorang. Katanya bekas pelajar Julliard (sekolah muzik hebat) tapi entah betul ke tidak. Latarbelakang lain tak ade kecuali bab dimana dia terpaksa membuat persembahan kat kelab sebab nak cari duit. Degil dan panas baran tapi berhati lembut hehe

Yeon Soo (Lee Tae-Sun)


Lelaki yang rambut tak boleh tahan ni pulak si pemain bass kumpulan diorang. Seorang bapak tunggal.............. haha yang muda (satu bonus). Nampak macam kurang cerdik sikit...


Okay, tu je yang saya boleh bagitau korang untuk masa ni sebab sampai tu je yang saya tengok.

Kenapa saya berenti tengok drama ni?

Sebab setiap saat ada je masalah yang dihadapi oleh setiap watak baik dalam citer ni terutamanya si Suk Ho. Kejap itu, kejap ini, macam tak pernah nak aman je hidup si Suk Ho ni, membuatkan saya rasa stress je, so lebih baik berenti sebelum mengalami masalah stress melampau pulak nanti kan?
Pada pandangan saya, tajuk drama ni patut ditukar kepada "Problems" atau "Masalah" je sebab penuh dengan masalah je tiap ketika. Melampau sangat dah tu pada pendapat saya huh


Friday, May 6, 2016

Lee Soo-Hyuk

1 comment :
BIODATA






 Profile:

Name: 이수혁 / Lee Soo Hyuk
Real name: 이혁수 / Lee Hyuk Soo
Profession: Model and actor
Birthdate: 1988-May-31
Height: 184cm
Star sign: Gemini
Blood type: AB
Talent agency: SidusHQ




Drama:

Lucky Romance | Woonbbalromaenseu (MBC / 2016) - Choi Gun-Wook
Local Hero | Dongneui Youngwoong (OCN / 2016) - Choi Chan-Gyoo
Scholar Who Walks the Night | Bameul Geotneun Sunbi (MBC / 2015) - Vampire Gwi
Valid Love | Ilriitneun Sarang (tvN / 2014-2015) - Kim Joon
King of High School Life Conduct | Gogyocheosewang (tvN / 2014) - Yoo Jin-Woo
Don't Look Back : The Legend of Orpheus | Sangeo (KBS2 / 2013) - Kim Soo-Hyun
Vampire Idol | Baempaieo Aidol (MBN / 2011-2012) - Soo-Hyuk
What's Up? | Watstcheu Eop (MBN / 2011-2012) - Lee Soo-Bin
Tree With Deep Roots | Bboori Gipeun Namoo (SBS / 2011) - Yoon Pyung
White Christmas | Hwaiteu Keuriseumaseu (KBS2 / 2011) - Yoon-Soo




Filem:

Horror Stories II | Mooseowon Iyagi 2 (2013) - Sung-Kyun (segment "Cliff")
Runway Cop | Cha Hyungsa (2012) - Top model Kim Sun-Ho
The Boy from Ipanema | Ipanema Sonyeo (2010) - boy
My Boss, My Teacher | Tusabu Ilche (2006) - student (class 8 grade 3)




Anugerah:

Best New Actor (mini series) ("Scholar Who Walks the Night") - 2015 MBC Drama Awards - December 30, 2015




Info Menarik:

Memulakan kerjaya sebagai seorang model pada tahun 2006 (18 tahun), dia mula berjinak jinak dengan bidang lakonan dengan mula menjadi model dalam video klip lagu kumpulan Kpop Gavy NJ dan 2ne1 pada tahun 2009 dan 2010. Dia merupakan model bagi majalah beberapa majalah antarabangsa seperti Claire, Elle, GQ dan Bazaar. *wah, supermodel rupanya my oppa kan?*



Pendapat Saya:

Suka sangat dengan watak dia dalam citer Scholar Who Walks the Night sebagai Gwi, sorang vampire yang jahat haha Wajah hensem tu satu bonus...nanti nak try tengok citer Neighbourhood Hero la sebab tu citer terbaru dia <3
Memandangkan saya tak bape nak tahu citer citer beliau, saya tak boleh nak bagi pendapat tentang lakonan beliau tho..

Meh saya belanja gambar comel dan hensem oppa saya yang satu ni haha













Sunday, May 1, 2016

Mirror of the Witch (2016)

No comments :
Poster:



Genre:

Fantasy, Historical, Medical, Romance

Sinopsis:

Mengisahkan seorang lelaki bernama Heo Jun (Yoon Si-Yoon), seorang genius yang merupakan seorang anka luar nikah dan Seo-Ri (Kim Sae Ron), seorang perempuan yang dilahirkan sebagai seorang puteri namun teleah dibuang kerana sumpahannya menyebabkan dia menjadi seorang ahli sihir.

Ibu Seo-Ri's dulunya mengalami kesukaran mendapatkan anak menyebabkannya berjumpa dengan seorang bomoh untuk mendapatkan zuriat. Beliau kemudiannya mendapat sepasang kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan. Bayi perempuan tersebut iaitu Seo Ri kemudiannya disumpah dan diabaikan di sebuah hutan dalam di pergunungan. Dia kemudiannya bertemu Heo Jun di sana.

Pelakon:

Yoon Si-Yoon - Heo Jun
Kim Sae-Ron - Seo-Ri
Lee Sung-Jae - Choi Hyun-Seo
Yum Jung-Ah - Hong-Joo
Kwak Si-Yang - Poong-Yeon
Jang Hee-Jin - Queen Sim
Jo Dal-Hwan - Heo Ok
Choi Sung-Won - Dong-Rae
Mun Ka-Young - Sol-Gae
Lee Yi-Kyung - Yo-Gwang
Lee Ji-Hoon - King Sunjo
Yoon Bok-In - Poong-Yeon's mother
Kim Young-Ae

Info:

Drama: Mirror of the Witch (literal title)
Revised romanization: Manyeobogam
Hangul: 마녀보감
Director: Jo Hyun-Tak
Writer: Yang Hyuk-Moon
Network: JTBC
Episodes:
Release Date: May 13, 2016 --
Runtime: Fridays & Saturdays 20:30
Language: Korean
Country: South Korea

Review Saya:

Saya bukanlah peminat fantasi sageuk, saya cuma  minat drama sageuk je tanpa fantasi itu sebab berdasarkan pengalaman saya dengan Arang and the Magistrate, unsur fantasi cerita Korea kadang kadang tu agak over sangat haha Namun begitu, saya agak eksaited nak tengok drama ni sebab pelakonnya cantik dan hensem belaka haha Tapi sebab utama would be, kisah seorang genius yang hidupnya tragik tu membuatkan saya berminat sebab sad geniuses never fail to amuse me :D

Hmm banyak unsur tak puas hati daripada para netizens sebab perbezaan umur antara dua pelakon utama (lelaki tu 30 tahun dan pompuan tu 16 tahun) sebab diorang rasa bahawa nanti romance tu akan kaku sebab tak boleh nak lebih lebih taku jadi terlampau tak sesuai or something.
However, saya rasa tu tak menjadi masalah (saya suka je haha) sebab dalam sageuk, kisah percintaan selalunya agak modest dan diorang cuma jeling jeling lepas tu jenjalan tepi sungai je pun, tak perlu aksi lebih lebih pun dah sweet :D

Screenshots / Pictures:

Yoon Shi-yoon - Seorang genius yang tragik
"Tujuan hidupku - kutemui selepas menemuimu"

Kim Sae-ron - Puteri Joseon terbuang yang memiliki hati beku
"Aku akan temuinya nanti, sebab mengapa aku dilahirkan"

Lee Sung-jae
"Menurut takdir Tuhan adalah tugas kita"

Yeom Jung-ah
"Tidak lama lagi, apa yang kumahukan akan menjadi takdir Tuhan juga"

Kwak Shi-yang - Seorang lelaki yang mencintai seorang ahli sihir
"Yang ku mahukan hanyalah untuk menemui seseorang semula"

Moon Ga-young - bunga hitam
"Yang kumahu hanyalah melindungi tuanku"

Jo Dal-hwan - Abang tiri Heo Jun yang merupakan seorang anak sah taraf namun tidak berbakat
"Tidak kira sebanyak mana kau (Heo Jun) berusaha, (taraf) kau akan tetap berada di bawahku"

Jang Hee-jin - Seorang permaisuri dengan takdir yang menyedihkan
"Tempat anak lelakiku, akan kuambil semula"

Lee Yi-kyung - pengawal ahli sihir (Seo Ri)
"Melindungi Seo Ri ialah tugasan terakhirku"


Rating Saya:

wait and see okay?





Saturday, April 30, 2016

Park Hae Jin

No comments :
BIODATA


 Profile:

Name: Park Hae-Jin
Hangul: 박해진
Birthdate: May 1, 1983
Birthplace: South Korea
Height: 186 cm.
Blood Type:A



Drama:

Man to Man (JTBC / 2017) - bodyguard
Cheese in the Trap (tvN / 2016) - Yoo Jung
Bad Guys | Nappeun Nyeoseokdeul (OCN / 2014) - Lee Jung-Moon

Doctor Stranger | Dakteo Yibangin (SBS / 2014) - Han Jae-Joon

My Love From the Star | Byeoleseo On Namja (SBS / 2013-2014) - Lee Whi-Kyung
Seo-Young, My Daughter | Nae Ddal Seoyoungi (KBS2 / 2012-2013) - Sang-Woo
Hot Blood | Yeolhyeoljangsaggun (KBS2 / 2009) - Ha-Ryu
East of Eden | Edenui Dongjjuk (MBC / 2008) - Shin Myeong-Hun
Heaven and Earth | Haneul Mankeum Ttangminkeum (KBS / 2007) - Jeong Mu-Yeong
Famous Chil Princesses | Somunnam Chilkongju (KBS2 / 2006) - Yun Ha-Nam


Filem:

Snow Is on the Sea | Seolhae (2015) - Lee Sang-Woo

Anugerah:

KDA Award ("Bad Guys") - 2015 (8th) Korea Drama Awards - October 9, 2015


Info Menarik:


  • Park Hae Jin sering memberi pilihan antara saman dan kerja amal buat para hatersnya yang telah membuat tuduhan melampau terhadapnya. Beliau sering dilihat menyertai kerja amal bersama sama para hatersnya bagi 'mengajar' mereka *hebat my oppa kan?*

  • Selain berlakon, Park Hae Jin juga merupakan seorang pereka fesyen di China.
  • Beliau pernah berkata bahawa beliau akan berkahwin pada usia 35 tahun (tahun depan, 2017) namun baru baru ini beliau menyatakan bahawa ini mungkin tidak akan terjadi kerana kesibukannya.

  • Beliau terkecuali daripada menyertai program tentera mandotari 2 tahun di Korea kerana dia disahkan menghidap kemurungan dan socialphobia *like me lah!*
  • Beliau mempunyai koleksi Gundam yang banyak.

  • Merupakan seorang yang suka menderma dan suka melakukan kerja amal sehinggakan sebuah teater ditibuhkan untuk mengenang jasanya di China.
  • Sangat popular di China.


Pendapat Saya:

Peribadi okay
Muka handsome
Bakat hebat
What not to love right?




So pertama kali saya tengok lakonan beliau dalam Doctor Stranger, terus saya jatuh cinta, walaupun watak beliau adalah sangat angkuh dan bukanlah watak yang baik.


Selepas tu, saya nampak pulak beliau dalam Cheese in the Trap, wah memang terus head over heels in love dengan beliau. Watak beliau yang sering disalah ertikan membuatkan saya rasa kesian sangat dengan beliau dalam cerita tu. Bila drama tu mula terpesong sikit dengan menekankan watak Seo Kang Joon, terus saya jadi hampeh (walaupun Kang Joon tak kurang hebatnya....) sebab my Yoo Jung terpinggir begitu sahaja.



Namun begitu, saya paling suka watak beliau dalam Bad Guys sebab dalam cerita tu, beliau berjaya membawakan watak seorang psikopath dengan hebat sekali, tengok senyuman pun dah ngeri dah haha.
All in all, Park Hae Jin ialah pelakon feveret saya masa ni, as of the first of May, 2016.






Pink Cherry